Assalamualaikum kepada saya dan juga pembaca2 sekalian..
pssst..
esok ari isnin.. ade la satu test.. test ICU... luse pon ade test gak.. test spinal plak..
hrmm... so, bese la biler ade test kene la study yer..
walaupon agak lmbt start study, tp still kne study gak kan.. so study la saya..
Sedang tekun menelaah pelajaran untuk test esok, tiba tiba terfikir jgok. "Aku ni bukan main sibuk prepare untuk test esok, xde la sampai nak gila. tapi bersuggoh2 gak la.."
Stay up sampai awal pagi, dikiliknya kesana kemari buku yang tebal dan berat itu bersama.
Kadang kadang ( hrmm mungkin bukan kadang2) sampai terlewat solatnya, terlalu khusyuk study. Nauzubillah.
Kadang kadang ( hrmm mungkin bukan kadang2) sampai terlewat solatnya, terlalu khusyuk study. Nauzubillah.
Dugaan juga kukira dalam melengkapkan diri melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar. Hampir meletakkan tugas wajib ditangga kedua.. hrmmmmm... =(
pastu frust menonggeng plak bila markah assignment keluar tak dapat setinggi yg diharapkan..Satu minggu lak makan x lena, trauma lagi.. Sampai terbawa bawa tu, kdg2 seolah olah tak mahu menerima ketentuan takdir.
Apekah aku tidak bersyukur dan tidak beriman dengan qada' dan qadar? Nauzubillah. Markah assignment, test selalu keep on track, goal mestilah kalau boleh tak mahu pun dapat C. Tak nak tengok C walau satu. Besarnya cita cita.
Belum lagi bila ada assignment yang carry mark yang hampir separuh peratus.
Bersemangat ke perpustakaan, rela meminjam berbelas belas buku, berkilo kilo dikiliknya dari perpustakaan yang jauhnya beribu anak tangga (merujuk pada tangga kt UiTM Puncak Alam) dari tempat tinggal (kalau sini kolej Angsana la).
Tak pe, ini untuk dapat A. InshaAllah berbaloi, pujuk hati. hrmmmmmmmmm...Tapi kemana sifat jihadku dalam melengkapi tugas untuk agamaku?? kesanggupan untuk bermujahadah??
Kesanggupan untuk bersemuka dengan kesusahan disaat aku ingin menjadi individu Muslim yang baik?
Kemana? dimana? bagaimana??
byk lak soalan kan..
Aku selalu keep on track dengan markah assignment tak pernah pula kesah dengan buku rekod amalku?
Mungkin aku hebat, hebat dimedan dunia, kaya dengan ilmu dunia. Dihantar keluar negara untuk belajar, hebat, hebat.
Tapi tak terfikirkah aku akan kemiskinan harta amal dan ilmu agamaku? Terbawa bawa dengan ilmu dunia.
Siapa lagi yang bakal memimpin bakal anak anakku dengan bekalan akhirat? Membawa bakal isteriku bersama kesyurga. Mungkin juga bau syurga masih jauh dek kerana ketidakpedulianku. A+ ke aku dengan amal ku ini?
Mana cita cita besarku untuk tidak mahu Allah kecewa denganku?
Aku sanggup stay up sampai pagi menyiapkan assignment tapi sanggupkah aku untuk minum energy drink dan bangun malam untuk menyempurnakan tahjudku?
Untuk bercakap sebentar dengan Allah dikeheningan malam disaat hamba hamba yang lain sedang nyenyak dibuai mimpi?
Sanggupkah aku?
Dimana tenaga ku yang kusalurkan pada ilmu dunia untuk bekalan akhiratku?
Sampai bila nak ditangguh? Sampai bila ???
Adakah sampai ajal menjemput? adakah menunggu tertutup pintu peluang untuk terus mengenali Allah dan agamamu? Ya Allah.
Apekah tugas khalifahku dimuka bumi tinggal janji semata?
Apekah tugas khalifahku dimuka bumi tinggal janji semata?
Hamba apekah ku ini?
Kusedar, perjalananku masih jauh, tiada gambaran yang boleh kusandarkan betapa jauhnya jalan yang kupilih. Aku terus mengejar, tapi semakin dikejar, semakin jauh terasa. Makin dicari, makin banyak pula rasa yang masih tidak dipelajari. Haih dunia, tiada apa yang boleh kubanggakan.
Dimana nilai iman dan amalku?
Ku kutip kembali serpihan serpihan taqwa. Bangun bersama kudrat yang masih ada...
p/s:bagi sesiapa yg telah sedar, sama2 lah kita perbaiki diri kita.. perkemaskan kembali apa yg perlu dikemaskan.. dan bg yg belum sedar.. hrmmm.. sedar2kAN lah yer.. peringatan ini ditujukan khusus buat diri sendiri dan mungkin jika ada yang membacanya, ia adalah utk ada juga.. =)
>moga tersiratlah apa yang disuratkan...
p/s:bagi sesiapa yg telah sedar, sama2 lah kita perbaiki diri kita.. perkemaskan kembali apa yg perlu dikemaskan.. dan bg yg belum sedar.. hrmmm.. sedar2kAN lah yer.. peringatan ini ditujukan khusus buat diri sendiri dan mungkin jika ada yang membacanya, ia adalah utk ada juga.. =)
>moga tersiratlah apa yang disuratkan...
No comments:
Post a Comment