Thursday, October 27, 2011
Rindu setengah mati.. kepada siapa???
Wednesday, October 26, 2011
syaitan tolong pemuda pergi masjid!!!
Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid.
Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di
rumah, dia berganti baju, berwudu’, dan, berjalan menuju masjid.
Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit,
rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab:
“Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh
bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang
ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh
kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.
Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya,
mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai
dimasjid dgn selamat..’
Moral: niat yg mulia harus diteruskan walaupon dihalang pancaroba.. hehe..
Sunday, October 23, 2011
salam kelahiran untukku dariku.. =)
Sunday, October 16, 2011
study hard??? dunia ke akhirat??
Assalamualaikum kepada saya dan juga pembaca2 sekalian..
Kadang kadang ( hrmm mungkin bukan kadang2) sampai terlewat solatnya, terlalu khusyuk study. Nauzubillah.
Apekah aku tidak bersyukur dan tidak beriman dengan qada' dan qadar? Nauzubillah. Markah assignment, test selalu keep on track, goal mestilah kalau boleh tak mahu pun dapat C. Tak nak tengok C walau satu. Besarnya cita cita.
Apekah tugas khalifahku dimuka bumi tinggal janji semata?
p/s:bagi sesiapa yg telah sedar, sama2 lah kita perbaiki diri kita.. perkemaskan kembali apa yg perlu dikemaskan.. dan bg yg belum sedar.. hrmmm.. sedar2kAN lah yer.. peringatan ini ditujukan khusus buat diri sendiri dan mungkin jika ada yang membacanya, ia adalah utk ada juga.. =)
>moga tersiratlah apa yang disuratkan...
Tuesday, October 11, 2011
Duit lucah


Saturday, October 8, 2011
doa untuk kekasih
aSSAlamualaikum..angka 13 dlm solat: takutnya yahudi
Assalamualaikum..
hari ini sama2 lah kita fikirkan.. apa fadhilat dan kelebihan dalam setiap solat kita seharian..
"Senarai di bawah adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidaksukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. (Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada dikalangan kamu yang perasan!!!"
Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
>moga tersiratlah apa yang disuratkan..
Friday, October 7, 2011
Apabila syaitan pon takut..
SYAITAN PUN TAKUT...SAMA-SAMA AMBIL IKTIBAR DARIPADA KISAH INI.
Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"
Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal sahabat sejatiku di akhirat nanti..!"
Ketika waktu asar hampir habis tetapi sahabatnya itu dilihatnya masih juga terlalu asyik dengan kegiatannya, Syaitan mulai terdiam......
Kemudian ketika datang waktunya maghrib, sahabatnya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak lagi dapat menahan diri, dihampirinya sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"
Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil bergegas pergi..
>moga tersiratlah apa yang disuratkan..
RENUNG-RENUNGKAN
Assalamualaikum.
hidup sebagai manusia yang meme fitroh dio ni pelupa perlu utk sentiasa diingatkn.. jika kita diingatkan bermakna Allah masih saye ko kito deyy.. tapi sedarkah kita peringatan Allah tidak selalunya dari cara yang kita inginkan.. kadang2 cara yg Allah gunakan untuk mengingatkan kita menyakitkan.. tetapi ianya hanyalah kerana sayang nya Allah pada kita dan Dia tidak mahu kita terus lena dan alpa dalam kesesatan dunia ni..
tapi sedarkah kita akan hal tersebut.. sama2 lah kita menghayati cerita tauladan yg membawa mesej yg sama ni..
Seorang buruh binaan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat ia harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawah. Pekerja itu berteriak, tetapi temannya tidak mendengarnya kerana bunyi bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia saja. Jadi, itu untuk menarik perhatian rakannya…dia melemparkan duit syiling di depan rakannya. Rakannya itu berhenti bekerja, mengambil duit syiling itu lalu sambung kerjanya.
Dia mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama. Tiba-tiba ia mendapat idea. Dia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala rakannya, dan kerana merasa sakit, rakannya mendongak ke atas lalu dia dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.
RENUNGAN KEPADA KITA SEMUA..
Allah kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita ‘mendongak’ kepadaNya. Seringkali Allah melimpahi kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita ‘mendongak’ kepadaNya. Kerana itu, agar kita selalu mengingat kepadaNya, Allah sering menjatuhkan “batu kecil” kepada kita.
dan bila “batu kecil” tu da mengenai.. dongak la kearahNya.. kembali lah kearahnya… kerana jika masih ingkar dan x mengendahkannya, jgn smpi “batu besar” plak yg dibaling.. nauzubillahimin zaalik..
>moga tersiratlah apa yang disuratkan…
Thursday, October 6, 2011
tips untuk hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)
Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Ibnu Qayyim menyatakan:
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
>moga tersiratlah apa yang disuratkan..
sains dan agama berkenaan tidur

Bismillahirrahmanirraheem,..
11.02 p.m, 06102011..
Alhamdulillah.. blog ini berjaya dihasilkan..
namun.. hehe.. masih dalam pembikinan lagi..
insyaAllah pengisian untuk blog ini melbatkan serba sedikit tentang kisah suka duka insan bergelar Mohamad Affeenddie Sulaiman ini dan akan turut memuatkan sedikit tazkirah, peringatan, kisah tauladan, dan kisah2 untuk menghilangkan stress kepada pembaca mahupon kepada penulis ini sendiri..
sebenarnya tujuan blog ini dibuat bukan untuk meraih beribu2 "followers". akan tetapi sebagai salah satu medium untuk saya mengingatkan diri sendiri akan apa yang perlu diingatkn.. namun jika ada yang berminat untuk mengikut, insyaAllah semoga anda terhibur.. =)
>moga tersiratlah apa yang disuratkan..