Friday, October 7, 2011

RENUNG-RENUNGKAN

Assalamualaikum.

hidup sebagai manusia yang meme fitroh dio ni pelupa perlu utk sentiasa diingatkn.. jika kita diingatkan bermakna Allah masih saye ko kito deyy.. tapi sedarkah kita peringatan Allah tidak selalunya dari cara yang kita inginkan.. kadang2 cara yg Allah gunakan untuk mengingatkan kita menyakitkan.. tetapi ianya hanyalah kerana sayang nya Allah pada kita dan Dia tidak mahu kita terus lena dan alpa dalam kesesatan dunia ni..

tapi sedarkah kita akan hal tersebut.. sama2 lah kita menghayati cerita tauladan yg membawa mesej yg sama ni..


Seorang buruh binaan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat ia harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawah. Pekerja itu berteriak, tetapi temannya tidak mendengarnya kerana bunyi bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia saja. Jadi, itu untuk menarik perhatian rakannya…dia melemparkan duit syiling di depan rakannya. Rakannya itu berhenti bekerja, mengambil duit syiling itu lalu sambung kerjanya.

Dia mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama. Tiba-tiba ia mendapat idea. Dia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala rakannya, dan kerana merasa sakit, rakannya mendongak ke atas lalu dia dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.

RENUNGAN KEPADA KITA SEMUA..
Allah kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita ‘mendongak’ kepadaNya. Seringkali Allah melimpahi kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita ‘mendongak’ kepadaNya. Kerana itu, agar kita selalu mengingat kepadaNya, Allah sering menjatuhkan “batu kecil” kepada kita.

dan bila “batu kecil” tu da mengenai.. dongak la kearahNya.. kembali lah kearahnya… kerana jika masih ingkar dan x mengendahkannya, jgn smpi “batu besar” plak yg dibaling.. nauzubillahimin zaalik..

>moga tersiratlah apa yang disuratkan…

No comments:

Post a Comment